Ahad, 27 Disember 2009

TINGKATAN 6 STAM

Bermula sesi pengajian 2010 kelas tingkatan 6 akan dibuka. Sasarannya adalah untuk pelajar yang berminat dengan STAM ( Sijil Tinggi Agama Malaysia ).

Sijil Tinggi Agama Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 2000 hasil kerjasama antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan Universiti al-Azhar. Ia bertujuan menyelaraskan dan menggantikan beberapa peperiksaan persendirian yang telah wujud sebelum itu, contohnya Sijil Tinggi Kolej dan Sijil Tinggi Ugama.

Mata pelajaran

S101 – Hifz Al-Qur’an dan Tajwid
S102 – Fiqh
S103 – Tauhid dan Mantiq (ilmu akal logik)
S104 – Tafsir dan Ulumuhu
S105 – Hadith dan Mustolah
S106 – Nahu (tatabahasa) dan Sarf
S107 – Insya’ dan Mutalaah
S108 – Adab dan Nusus
S109 – ‘Arudh dan Qafiyah
S110 – Balaghah (kesusateraan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Mudahnya.........

Tahukah anda........

BANYAK bahan makanan di dapur boleh mengurangkan kerengsaan simptom penyakit tersebut seterusnya mempercepatkan proses pemulihan. Antaranya:

Garam: Selain menjadi ubat kumur untuk meredakan tekak yang sakit, garam sangat berkesan untuk masalah hidung tersumbat. Larutan garam yang suam boleh disedut masuk melalui rongga hidung untuk memberi kelegaan pernafasan dan mencegah jangkitan resdung.

Halia: Teh halia berkesan membunuh kuman dan meredakan masalah perut. Halia yang digunakan dalam produk mandian juga merangsang sistem limfa dengan mempercepat proses penyingkirannya.



Kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kesedihan.